Wednesday 7 November 2012

Serba Sedikit Mengenai Bunga Orkid (2)

Ini ialah bunga orkid spesies yang terkenal di Malaysia. Bunga ini bernama Phal. violacea. 'Phal' bermaksud nama keluarganya, iaitu 'phalanopsis', manakala 'violacea' ialah nama sebenarnya. Bunga spesis hutan ini boleh dijumpai di seluruh Malaysia . Bunga ini berukuran sederhana, iaitu lebih kurang 4cm x 4cm, tetapi mengeluarkan bau harum yang cukup menarik semasa berkembang dengan mekar. warna kelopaknya putih kehijauan dan  merah keunguan di bahagian tengah. Bunga ini menarik ramai peminat bunga orkid untuk mendapatkannya dengan harga yang tinggi, kadangkala boleh mencecah sehingga RM 3000 untuk sepokok.

2 comments:

  1. Wow, cantik-cantik bunga orkid yang cikgu paparkan! Murid-murid tentu suka melihat orkid yang berwarna-warni. Paparan bunga-bunga orkid ini banyak memberi manfaat kepada guru dan murid kerana ia boleh memupuk semangat cintakan flora dan alam sekitar serta menambahkan ilmu dalam bidang sains.

    ReplyDelete
  2. Maklumat mengenai bunga orkid dalam blog Cikgu Leong sangat teliti. Terus berusaha!

    ReplyDelete