Wednesday 7 November 2012

Serba Sedikit Mengenai Bunga Orkid (2)

Ini ialah bunga orkid spesies yang terkenal di Malaysia. Bunga ini bernama Phal. violacea. 'Phal' bermaksud nama keluarganya, iaitu 'phalanopsis', manakala 'violacea' ialah nama sebenarnya. Bunga spesis hutan ini boleh dijumpai di seluruh Malaysia . Bunga ini berukuran sederhana, iaitu lebih kurang 4cm x 4cm, tetapi mengeluarkan bau harum yang cukup menarik semasa berkembang dengan mekar. warna kelopaknya putih kehijauan dan  merah keunguan di bahagian tengah. Bunga ini menarik ramai peminat bunga orkid untuk mendapatkannya dengan harga yang tinggi, kadangkala boleh mencecah sehingga RM 3000 untuk sepokok.