DOKUMEN STANDARD


DOKUMEN STANDARD

Dalam Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi, terdapat 2 Dokumen Standard Kurikulum (DSK) berasingan iaitu Dokumen Standard Kurikulum Sains yang mengandungi RBT dan Dokumen Standard Kurikulum TMK. Kedua-dua Dokumen Standard Kurikulum ini digabungkan dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan Teknologi.
Tujuan DSK disediakan adalah sebagai garis panduan untuk guru di dalam p&p bagi mencapai matlamat DST.

Dokumen SK Sains mengandungi tema berikut:

-Sains Hayat
-Sains Fizikal
- Sains Bahan
- Bumi dan Sains Angkasa
-Teknologi dan kehidupan Lestari - Standard Kurikulum RBT berada di dalam tema ini.


DSK TMK disediakan bagi mencapai standard berikut:

- menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika
- memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian
- menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat
- menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat

-menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan
- menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran
- menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif

No comments:

Post a Comment