Monday 22 October 2012

Serba Sedikit Mengenai Bunga Orkid

Bunga orkid merupakan sejenis  bunga yang terdapat di merata dunia. Ia merupakan spesies tumbuhan yang kedua besar selepas rumput. Bunga orkid memang terkenal dengan kecantikan dan keunikannya. Hari ini, ramai peminat orkid yang terdiri daripada berbilang bangsa suka menanam bunga orkid.
Bunga orkid dapat dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu bunga orkid spesies (orkid hutan ) dan orkid kacukan. Bunga orkid spesies hidup liar terutamanya di kawasan hutan, pergunungan, kawasan paya dan kawasan yang lembap: manakala bunga orkid kacukan adalah hasil kacukan daripada  2 aatau lebih beberapa jenis orkid hutan, proses kacukan ini biasanya dilakukan di dalam  taman-taman bunga oleh peminat atau ahli kaji selidik dalam bidang bunga orkid.

2 comments:

  1. blog cikgu memberi banyak ilmu kepada saya dan murid-murid saya.kami amat suka bunga orkid selain bunga raya.terima kasih.teruskan.

    ReplyDelete
  2. Maklumat mengenai bunga orkid jelas dan mudah difahami .

    ReplyDelete