Wednesday, 7 November 2012
Serba Sedikit Mengenai Bunga Orkid (2)
Ini ialah bunga orkid spesies yang terkenal di Malaysia. Bunga ini bernama Phal. violacea. 'Phal' bermaksud nama keluarganya, iaitu 'phalanopsis', manakala 'violacea' ialah nama sebenarnya. Bunga spesis hutan ini boleh dijumpai di seluruh Malaysia . Bunga ini berukuran sederhana, iaitu lebih kurang 4cm x 4cm, tetapi mengeluarkan bau harum yang cukup menarik semasa berkembang dengan mekar. warna kelopaknya putih kehijauan dan merah keunguan di bahagian tengah. Bunga ini menarik ramai peminat bunga orkid untuk mendapatkannya dengan harga yang tinggi, kadangkala boleh mencecah sehingga RM 3000 untuk sepokok.
Monday, 22 October 2012
Serba Sedikit Mengenai Bunga Orkid
Bunga orkid merupakan sejenis bunga yang terdapat di merata dunia. Ia merupakan spesies tumbuhan yang kedua besar selepas rumput. Bunga orkid memang terkenal dengan kecantikan dan keunikannya. Hari ini, ramai peminat orkid yang terdiri daripada berbilang bangsa suka menanam bunga orkid.
Bunga orkid dapat dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu bunga orkid spesies (orkid hutan ) dan orkid kacukan. Bunga orkid spesies hidup liar terutamanya di kawasan hutan, pergunungan, kawasan paya dan kawasan yang lembap: manakala bunga orkid kacukan adalah hasil kacukan daripada 2 aatau lebih beberapa jenis orkid hutan, proses kacukan ini biasanya dilakukan di dalam taman-taman bunga oleh peminat atau ahli kaji selidik dalam bidang bunga orkid.

Pengenalan Sains T1
Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I. Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih menarik. Ini juga untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di Tahap I.
MATLAMAT
Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/ psikomotor dan kemahiran TMK.
FOKUS
Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I adalah:
1. Menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian.2. 2. 2. Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
3. Memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK
Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Tahap II.

Subscribe to:
Posts (Atom)